Saturday, July 12, 2014

PANTUN MUSNAHLAH YAHUDI


Berbuka di rumah Che Bee,
Mewah lauknya banyak;
Di mana OIC atau PBB,
Bila Palestin dibom dilanyak.

Ikan Cencaru ada berinti,
Inti kelapa diparut Asma;
Hak Asasi sudahlah mati,
Bila Palestin terlibat cuma.




Asma dara desa idaman,
Anak Che Bee nombor tiga;
Yahudi terlaknat berzaman,
Sampai saat pasti MUSNAH juga.



Khaibar khaibar, wahai Yahudi!
Hancur hancur, hancur Yahudi!

15 Ramadhan 1435

Sila klik gambar untuk Pantun Yahudi dan Palestin lagi..

Sunday, June 29, 2014

PANTUN RAMADHAN


Hati ku sayu terasa hiba,
Badan terasa bebannya dosa;
Ramadhan kini sudahlah tiba,
Kita telah mula berpuasa.

Banyak dosa kurang pahala,
Moga Allah belas kasihan;
Mohon maaf dan halal segala,
Moga bersedia tarbiah tuhan.

Bertaubat janganlah lelah,
Di syurga nanti senyum ketawa;
Beramal kita kerana Allah,
Moga jadi orang bertaqwa.

Murka Allah sangat digeruni,
Bila teringat berpeluhlah dahi;
Mukmin bergembira di bulan ini,
Pesta ibadah cari redha Ilahi.

Binasalah kelak inilah badan,
Jangan sampai hidup sia-sia;
Jangan beramal kerana Ramadhan,
Tibanya Syawal hilang semua.

Wallahua'lam. Insya Allah
Husaini 
3 Ramadhan 1435/ 1  Julai 2014

Thursday, May 29, 2014

PANTUN SYAABAN



Cantik menarik si rama-rama,
Lama memandang tiadalah jemu:
Rejab berlalu Syaaban menjelma,
Sebulan lagi Ramandhan bertamu.

Madu bunga dicari untuk bekalan,
Rama-rama terbang tiada sempadan;
Marilah bersama tingkatkan amalan,
Bersedia untuk menemui Ramadhan.

Terbang berkawan bagai berlagu,
Rama-rama banyak di Padang Temu;
Bulan Ramadhan ditunggu-tunggu,
Moga dengannya kita bertemu.


Insya Allah. Wallahua'lam.
Mohamad Husaini
30 Mei 2014/ 1 Syaaban 1435

Wednesday, April 30, 2014

PANTUN BULAN REJAB



Hujan turun bertali-tali,
Tempiasnya jatuh di atas kepala;
Bulan Rejab telah kembali,
Sya'aban akan menyusul pula.


Air hujan mengalir ke perigi,
Bersama lumpur kuning pekat;
Ramadhan akan muncul lagi.
Bulan rahmat lagilah berkat.

 Hujan ditunggu insan kini,
Harap catuan dibatal nanti;
Moga bertemu Ramadhan ini,
Bulan ditunggu mukmin sejati.

Insya Allah. Wallahua'lam

Mohamad Husaini Husin
30 April 2014/ 01 Rejab 1435
21:00

Monday, March 24, 2014

PANTUN MH370 PERJALANAN BERAKHIR



Buah kelapa dah jadi hampas,
Dibuang pula di tepi bangsal:
Di Lautan Hindi ia terhempas.
Jauh tersasar dari jalan asal.

Santan kelapa dibuat kari,
Kari dimakan di dalam perahu:
Apa yang berlaku masih misteri,
Namun Allah swt udah lama tahu.

Tiada santan susu jadi gantian,
Tetap dinikmati udah jadi rezeki:
Kotak Hitam menjadi penantian,
Moga terjawab segala teka-teki.

Santan juga dibuat rendang,
Rendang Minang enak sekali:
Dari Allah swt kita semua datang,
KepadaNya pasti kita kembali.


Berpeluh-peluh apabila makan,
Makan rendang ketika berkelah:
Hadiahkan Fatihah dan doakan,
Semoga "mereka" dirahmati Allah.


Wallahua'lam

Thursday, March 20, 2014

DOA UNTUK MH370


Ulam Raja dan Ulam Pegaga,
Banyak tumbuh di tanah lapang;
Takziah kami kepada keluarga,
MH370 punya krew dan penumpang.

Herba alami penawar barah,
Sembuh tanpa kesan terbakar;
Tragedi misteri di dalam sejarah,
Binggungkan ramai para pakar.

Jantung pisang pucuk paku,
Enak jika dicecah budu;
Sudah berminggu ianya berlaku,
Belum ada laporan tuntas jitu.

Makan ulam dengan cencaluk,
Beras baru panas enak dimakan:
Teknologi juga adalah makhluk,
Bergantung kepadanya membuntukan.

Kacang botol untuk berbuka,
Dipotong-potong cecah cencaluk:
Allah swt juga Yang Maha Kuasa,
Berkuasa mutlak atas segala makhluk.

Wallahua"lam.